Assalamualaikum Chenta
okie...ari ne share tentang hero idaman hatiQ...Mr. Harry James Potter dan siri ke-7 yang bakal 'dating" dgn aQ d pawagam tdekat 16 Julai ne... siri terakhir pengembaraan dunia magik tulisan J.K Rowling ( I wish one day, I can be like her!!!)
ending dia, memang best!!! walaupown banyak kehilangan yang perlu dihadapi... hurmmm...agak sedey bila mengenangkan its goin to be end!!! yelha....aQ follow citer since dari part I agik... tym dorg mase kecik2... smpilha skg ne, sume dha besar.... siap wat quiz agi ama adik aQ yg sorg tu...kami dua memang HP Mania!!!
actually, aQ like HP Series sebab citer ne byk mgajar kita bahawa semua orang bermula dari kosong!! like Mr.HP... dia bermula dgn empty! nothing! dbesarkan oleh Muggle...dbuli...dtipu... sedangkan dlm dunia magik, dialha lagenda sebenar... lagenda yang tidak tahu apa2... tapi dia belajar (memanglha xsebijak Ms. Hermione but he was gorjes in his own way bha!!!)...dia mengambil tahu cara terbaik mengalahkan musuh dunia magik iaitu U-Know-Who... juz imagine... budak lelaki yang tiada apa2 melainkan parut di dahi kirinya tapi seluruh penduduk dunia sihir bergantung kepadanya?! hanya dia yang bole mengalahkan Voldemort...
dalam siri terakhir ne, dia memutuskan untuk berhenti skola dan memburu Hocrux bersama his BFF, Mr. Ron Weasley & oso Ms. Hermione Granger... macam2 meka terpaksa lalui... <---kena baca sendirilha...meka berjuang senyap2 sbb seluruh Kementerian Sihir sedang memburu meka! meka bsembunyi dr satu tempat ke satu tempat... dr Grimauld Place hingga ke Hutan Dean dan akhir sekali memecah masuk Hogwarts, tempat di mana Hocrux terakhir tergeletak menanti untuk dimusnahkan...
![]() |
persahabatan... |
part Ron kembali semula kepada HP selepas meka bergaduh besar mengajar erti semangat setia kawan... walau bagaimana sekalipown pertelingkahan, kawan yang baik akan selalu kembali... begitulha kehidupan sebenar... adakalanya kita bertelagah sesama sendiri (dengan kawan yang paling rapat ama kita) tapi bila masa menentukan, kita pasti akan saling kembali kerana itulah nilai sebuah persahabatan... tanpa gula, air takkan mempunyai rasa manisnya...tanpa pergaduhan, sebuah persahabatan tidak akan menjadi begitu sempurna!
kemudian, part Azimat Maut yang diceritakan oleh Xenophius Lovegood kepada meka tiga turut mengajar nilai kehidupan. yang mana ketamakan....kesombongan....menyebabkan kita mati kerana riak dan bongkak... sebaliknya kerendahan hati dan kebijaksanaan menggunakan akal membawa kita menerokai dunia yang luas ini...bukan percaya pada kuasanya Tongkat Elder ataupun Batu Kebangkitan ataupown jugak Jubah Halimunan...tapi lebih percaya kepada diri... kalau kita lebih bijak menilai sesuatu pilihan, keputusan yang dicapai akan memberikan kepuasan yang lebih bermakna...
pastu part pembongkaran rahsia penyamaran Severus Snape yang selama ini diduga sbg petualang kepercayaan Dumbledore dan jugak seluruh ahli Kumpulan Phoenix... begitulha kita sebagai manusia... adakalanya kita melakukan kesalahan dan apabila tersedar, kita akan cuba sedaya upaya (walau bgadai nyawa...) untuk memperbaiki segala kepincangan diri... pengorbanan Snape... kesanggupannya menjadi mata dan telinga Dumbledore mengintai rancangan jahat si Raja Kuasa Jahat....menyedarkan kita itulah nilai keluarga... meka adakalanya terasa menyakitkan kita dengan kata-kata...perbuatan.... tapi sebenarnya jauh di dasar hati meka, kitalha yang meka cuba lindungi dari badai taufan kehidupan... Love My Big Big Famili!!!
then cerita kebenaran tentang Dumbledore mengingatkan kita bahawa setiap manusia penah melakukan kesilapan di masa silam meka... itulha manusia... cuma diri kita yang menentukan sendiri, adakah ingin terus bergelumang dengan dosa silam atau berubah lalu mencipta perubahan yang memberi kesenangan kepada yang lain? Dumbledore memilih jalan kedua iaitu tidak meneruskan impiannya menakluk Azimat Maut tetapi berusaha membaiki kesilapan semalam dengan memberi kesenangan kepada yang lain kerana "DEMI KEBAIKAN YANG LEBIH UTAMA"... manakala Voldemort pula memilih untuk terus menakluki apa jua cara untuk kekal hebat dan tak terkalahkan walaupown perlu mengadai ribuan nyawa yang lain... ini mengajar kita tentang cara membuat pilihan... dalam dunia ada pelbagai pilihan... pilihan yang satu, menuju cita-cita dan menghalalkan apa jua cara demi kepentingan sendiri...pilihan kedua, menuju cita-cita dengan gigih dan sekiranya ia memudaratkan yang lain, memilih untuk bermula kembali dan usaha lagi... semoga kita memilih pilihan yang kedua... jangan takut untuk bermula dari kosong sekiranya kita telah tahu jalan yang mana harus diikuti...
apapown.... jadikan apa yang dibaca...ditonton... sebagai iktibar... (INGAT:Islam melarang umatnya mempercayai sihir!!!)jangan percaya pada sihirnya tapi nilaikannya dengan erti kehidupan sebenar... yang penting...."KEKAYAAN SEBENAR TERLETAK PADA HATI KITA"...hati yang membenci adalah hati yang termiskin sekali kerana ia memilih untuk memenuhinya dengan sia-sia... hati yang sentiasa memaafkan adalah hati yang murni kerana semua orang layak mendapat peluang kedua... hidup ini hanya singkat masanya... carilah bekal ke dunia sana... dan martabatkanlah juga kehidupan di belah sini...
No comments:
Post a Comment
Komen kat cne yer...